Tinggalkan profession mengumpat

Assalammualaikum..hari nie lake nk kongsi tentang profession mengumpat..dh lama kan kita ta share ape2 kt snie..so hari nie biar kita muhasabah diri..kita selidik balik diri kita..pernah ta kita ta mengumpat orang?? kadang2 kita ta persan yg sebenarnya tiap- tiap hari kita mengumpat orang..biar pun bnda itu kecil biar pun benda itu mmg salah dari orang yg kita umpat..biar pun dy buat slah dgn kita..apa yg kita ckp tetap dalam ketegori mengumpat..


Ghibah atau mengumpat adalah perbuatan menyebut hal-hal yang dibenci atau menimbulkan kemarahan pihak lain, baik ia berkaitan dengan kekurangan dalam bentuk fizikal, tingkah laku ataupun perbuatan sama ada disebut secara lansung mahupun isyarat. Mengumpat merupakan satu perbuatan yang dikeji oleh syarak dan pelakunya dianggap seperti telah memakan daging mayat saudara sendiri. Firman ALLAH :

Dan jangan lah sebahgian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka, tentulah kamu akan berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat dan Maha Penyanyang. – Surah al-Hujurat : 12

“ Tahukah kamu apa itu mengumpat?” Para sahabat menjawab “ ALLAH dan Rasul-NYA yang lebih mengetahui.” Kemudian baginda bersabda, “ Mengumpat adalah ketika kamu membicarakan tentang saudaramu sesuatu yang dia benci.” Ada yang bertanya : “ Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakana itu betul-betul ada pada dirinya?” Baginda menjawab : “ Jika yang kamu katakana itu benar, bererti kamu telah mengumpatnya. Namun, jika apa yang kamu katakana itu tidak benar, bererti kamu telah memfitnahnya.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya.

Perkara yang boleh mendatangkan malu atau mencipta kemarahan umat islam yang lain speatutnya disembunyikan daripada pengetahuan umum. Kita semua perlulah mengetahui bahawa menjaga kehormatan saudara seagama merupakan satu tanggungjawab yang telah diperintahkan oleh Rasulullah.
Baginda bersabda:
 Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain itu diharamkan darahnya ( tidak boleh membunuhnya ), haram pula hartanya ( tidak boleh merampasnya ) dan haram pula kehormatannya ( tidak boleh mengumpat ). – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam shahihnya.

Sesetengah pengamal  media pula begitu berbangga dengan kejayaan mereka apabila dapat membongkar sesuatu isu sensasi. Ketahuilah bahawa sikap bergembira di atas kesedihan umat Islam yang lain merupakan satu perbuatan yang kelak akan mendatangkan balasan buruk. Rasulullah telah bersabda :
Janganlah kamu menampakkan kegembiraan di atas kesedihan saudaramu ayang akan menyebabkan ALLAH merahmatinya dan menimpakan kepadamu kesedihan saudaramu itu. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya.

Bergembira di atas kesedihan umat Islam yang lain bukanlah satu perbuatan atau akhlak golongan beriman yang sentiasa mencintai saudara seagama seperti dia mencintai diri sendiri. ALLAH telah menjanjikan azab yang pedih bagi mereka yang gemar menyebarkan aib orang lain. Firman-NYA di dalam Al-Quran :
Sesungguhnya orang yang ingin agar berita perbuatan yang amat keji tersiar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.  – Surah al-Nur : 19

Sabda Rasullullah S.A.W

Ketika Rasullullah dimikrajkan ke langit,baginda telah melihat seksaan ngeri yang menimpa golongan yang gemar mengumpat. Baginda melewati  sekelompok orang yang mempunyai kuku-kuku daripada tembaga. Mereka mencakar-cakar wajah dan dada mereka sendiri dengan kuku tersebut. Lalu baginda bertanya kepada Jibril : “ Wahai Jibril. Siapa mereka itu?” Jibril menjawab : “Mereka adalah orang yang sering makan daging manusia dan mereka yang suka membicarakan tentang kejelekan orang lain”. – Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya.

 Bagi yang gemar menjadikan aktiviti mengumpat serta mencari –cari cerita sensasi yang boleh membawa aib kepada pihak lain sebagai satu kezaliman,maka mereka perlu melakukan muhasabah terhadap perbuatan tersebut. ALLAH berfirman secara jelas melalui kalam-NYA :

“Janganlah kamu mengintip (mencari keaiban) orang lain. – Surah Al- Hujurat :12

 Oleh itu, janganlah kita semua disibukkan dengan keaiban  orang lain. Apa yang lebih munasabah untuk dilakukan oleh semua pihak adalah melihat keaiban  ataupun kekurangan sendiri  agar kita semua dapat membebaskan  diri daripada berbuat perkara-perkara yang berdosa dan berunsur maksiat.
 Sabda Rasullulah :

Sesungguhnya  beruntunglah (thuubaa) mereka yang disibukkan oleh aibnya (sendiri) daripada membicarakan  keaiban orang lain.- Hadis riwayat Al- Bazzar.

perkara- perkara macam nie..memag kita ta sedar tp itu lah yg berlaku dalam kehidupan kita..apa pun yg berlaku, kita ta patut bukak aib orang lain walaupun orang yg kita benci..bila kita bukak aib orang lain ibarat kita bukak aib sendiri..yang penting sama- sama lah kita muhasabah diri perbetulkan apa yg salah. 
yang baik tu datang dari ALLAH yg buruk tu dari diri kita sendri..
renung- renungkan okey (^_^)


Best Tak Entry Lake? Kalau Best Tinggalkan Comment ye :D

No comments: