Assalammualaikum..hari nie lake nk kongsi tentang profession mengumpat..dh lama kan kita ta share ape2 kt snie..so hari nie biar kita muhasabah diri..kita selidik balik diri kita..pernah ta kita ta mengumpat orang?? kadang2 kita ta persan yg sebenarnya tiap- tiap hari kita mengumpat orang..biar pun bnda itu kecil biar pun benda itu mmg salah dari orang yg kita umpat..biar pun dy buat slah dgn kita..apa yg kita ckp tetap dalam ketegori mengumpat..
Ghibah atau mengumpat adalah perbuatan menyebut hal-hal
yang dibenci atau menimbulkan kemarahan pihak lain, baik ia berkaitan dengan
kekurangan dalam bentuk fizikal, tingkah laku ataupun perbuatan sama ada
disebut secara lansung mahupun isyarat. Mengumpat merupakan satu perbuatan yang
dikeji oleh syarak dan pelakunya dianggap seperti telah memakan daging mayat
saudara sendiri. Firman ALLAH :
Dan jangan lah sebahgian kamu mengumpat sebahagian yang
lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah
mati? Maka, tentulah kamu akan berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada
ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat dan Maha Penyanyang. – Surah
al-Hujurat : 12
“ Tahukah kamu apa itu mengumpat?” Para sahabat menjawab
“ ALLAH dan Rasul-NYA yang lebih mengetahui.” Kemudian baginda bersabda, “
Mengumpat adalah ketika kamu membicarakan tentang saudaramu sesuatu yang dia
benci.” Ada yang bertanya : “ Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami
katakana itu betul-betul ada pada dirinya?” Baginda menjawab : “ Jika yang kamu
katakana itu benar, bererti kamu telah mengumpatnya. Namun, jika apa yang kamu
katakana itu tidak benar, bererti kamu telah memfitnahnya.” – Hadis riwayat
Imam Muslim di dalam Shahihnya.
Perkara yang boleh mendatangkan malu atau mencipta
kemarahan umat islam yang lain speatutnya disembunyikan daripada pengetahuan
umum. Kita semua perlulah mengetahui bahawa menjaga kehormatan saudara seagama
merupakan satu tanggungjawab yang telah diperintahkan oleh Rasulullah.
Baginda bersabda:
Setiap orang Islam
ke atas orang Islam yang lain itu diharamkan darahnya ( tidak boleh membunuhnya
), haram pula hartanya ( tidak boleh merampasnya ) dan haram pula kehormatannya
( tidak boleh mengumpat ). – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam shahihnya.
Sesetengah pengamal media pula begitu berbangga dengan kejayaan
mereka apabila dapat membongkar sesuatu isu sensasi. Ketahuilah bahawa sikap
bergembira di atas kesedihan umat Islam yang lain merupakan satu perbuatan yang
kelak akan mendatangkan balasan buruk. Rasulullah telah bersabda :
Janganlah kamu menampakkan kegembiraan di atas kesedihan
saudaramu ayang akan menyebabkan ALLAH merahmatinya dan menimpakan kepadamu
kesedihan saudaramu itu. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya.
Bergembira di atas kesedihan umat Islam yang lain
bukanlah satu perbuatan atau akhlak golongan beriman yang sentiasa mencintai
saudara seagama seperti dia mencintai diri sendiri. ALLAH telah menjanjikan
azab yang pedih bagi mereka yang gemar menyebarkan aib orang lain. Firman-NYA
di dalam Al-Quran :
Sesungguhnya orang yang ingin agar berita perbuatan yang
amat keji tersiar di kalangan orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di
dunia dan di akhirat. – Surah al-Nur :
19
Sabda Rasullullah S.A.W
Ketika Rasullullah dimikrajkan ke langit,baginda telah
melihat seksaan ngeri yang menimpa golongan yang gemar mengumpat. Baginda
melewati sekelompok orang yang mempunyai
kuku-kuku daripada tembaga. Mereka mencakar-cakar wajah dan dada mereka sendiri
dengan kuku tersebut. Lalu baginda bertanya kepada Jibril : “ Wahai Jibril.
Siapa mereka itu?” Jibril menjawab : “Mereka adalah orang yang sering makan
daging manusia dan mereka yang suka membicarakan tentang kejelekan orang lain”.
– Hadis riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya.
Bagi yang gemar menjadikan aktiviti mengumpat serta mencari –cari cerita sensasi yang boleh membawa aib kepada pihak lain sebagai satu kezaliman,maka mereka perlu melakukan muhasabah terhadap perbuatan tersebut. ALLAH berfirman secara jelas melalui kalam-NYA :
Bagi yang gemar menjadikan aktiviti mengumpat serta mencari –cari cerita sensasi yang boleh membawa aib kepada pihak lain sebagai satu kezaliman,maka mereka perlu melakukan muhasabah terhadap perbuatan tersebut. ALLAH berfirman secara jelas melalui kalam-NYA :
“Janganlah kamu mengintip (mencari keaiban) orang lain. –
Surah Al- Hujurat :12
Oleh itu,
janganlah kita semua disibukkan dengan keaiban
orang lain. Apa yang lebih munasabah untuk dilakukan oleh semua pihak
adalah melihat keaiban ataupun
kekurangan sendiri agar kita semua dapat
membebaskan diri daripada berbuat
perkara-perkara yang berdosa dan berunsur maksiat.
Sesungguhnya
beruntunglah (thuubaa) mereka yang disibukkan oleh aibnya (sendiri)
daripada membicarakan keaiban orang
lain.- Hadis riwayat Al- Bazzar.
perkara- perkara macam nie..memag kita ta sedar tp itu lah yg berlaku dalam kehidupan kita..apa pun yg berlaku, kita ta patut bukak aib orang lain walaupun orang yg kita benci..bila kita bukak aib orang lain ibarat kita bukak aib sendiri..yang penting sama- sama lah kita muhasabah diri perbetulkan apa yg salah.
yang baik tu datang dari ALLAH yg buruk tu dari diri kita sendri..
renung- renungkan okey (^_^)